Assignment Kepimpinan Sultan

Posted on by Kahn

Suatu malam, sedang saya asyik mengemas fail-fail usrah saya ketika di universiti dulu, saya terpandang satu artikel tentang tokoh pemimpin ulung dunia Islam, Sultan Muhammad Al Fatih. Artikel ini pernah saya bentangkan ketika sesi usrah bersama adik-adik suatu ketika dulu. Ia mengisahkan tentang pembukaan Constantinople (kini Istanbul di Turki) oleh tentera Uthmaniyyah
(Ottoman) Turki di bawah pimpinan Sultan Muhammad Al Fatih (dikenali juga dengan nama Sultan Muhammad II atau Muhammad The Conqueror). Sultan Muhammad Al Fatih merupakan seorang pemimpin yang hebat. Perihal tentang baginda pernah disebut Rasulullah SAW di dalam satu Hadisnya.

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Berikut, saya paparkan semula sejarah ringkas kehidupan Sultan Muhammad al Fatih & pembebasan Constantinople. Sebelum itu, setinggi-tinggi penghargaan buat penulis asal artikel ini. Semoga dapat terus dimanfaatkan oleh umat Islam dalam menghayati sirah dan seterusnya meningkatkan semangat dalam perjuangan Islam yang tercinta ini.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. menyebut bahawa Constantinople akan dibuka oleh raja dan tentera terbaik, kerajaan Islam sepanjang zaman telah berusaha menjadikannya kenyataan. Selepas cubaan selama 800 tahun, barulah ia berlaku. Hagia Sophia (Aya Sofiya) di Istanbul simbol kejayaan Sultan Muhammad Al Fatih membuka Constantinople. Sekalipun tentera Islam telah menduduki pusat pemerintahan Byzantine itu, monumen berharga seperti Hagia Sophia tidak dimusnahkan, sebaliknya mengekalkannya sebagai masjid.

SULTAN MUHAMMAD AL FATIH

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalam Hadis Rasulullah tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Diantaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Uthmaniyyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”.Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.

Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam Hadis tersebut.

PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih dan Muhammad The Conqueror kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481. Ada ahli sejarah berpendapat
baginda mangkat diracun.

PENDIDIKAN

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagaman, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja

Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople dimana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut dihujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia
oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah AllahuAkbar.

Penawanan Constantinople

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya
membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah
meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Be Sociable, Share!

No related posts.

Kem Kepimpinan Pelajar

LAPORAN PROGRAM KEM KEPIMPINAN PELAJAR

STUDENT LEADERSHIP CAMP PROGRAM REPORT

“Kepelbagaian Pendekatan dalam Pengurusan Disiplin Pelajar”

“Diverse Approaches in Student Discipline Management”

Tarikh: 3 Ogos 2016

Date: 3rd of August, 2016

Tempat: Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM

Venue: Budiman Hall, Faculty of Education, UKM

Peserta: Pengawas SMK Penarek, Terengganu.

Participants: Penarek Secondary School Prefects, Terengganu

Anjuran: Pusat Pendidikan Kepelbagaian Pelajar

Organized by: Centre for Studies on Learner Diversity

Dengan Kerjasama:

Jabatan Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan

With cooperation:

                                                 The Department of Education & Welfare Faculty of Education Community

1.0 PENGENALAN  INTRODUCTION

Kem kepimpinan pelajar ini merupakan anjuran Pusat Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM dan Sekolah Menengah Penarek. Ada beberapa objektif pelaksanaan program ini. Kem Kepimpinan Pelajar ini bertujuan untuk mengenalpasti bakat dan perwatakan kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar sekolah Menengah. Kem Kepimpinan ini juga adalah bertujuan untuk memupuk kemahiran kepimpinan serta sikap yang positif dalam menangani masalah tingkah laku pelajar di sekolah.

Student leadership camp was organized by Centre for Studies on Learner Diversity, Faculty of Education and Penarek Secondary School. There are several objectives of this program. Student Leadership Camp aims to identify leadership talent and character among secondary school student leaders. This Leadership Camp is also intended to foster leadership skills as well as nurturing positive attitude in dealing with behavioral problems in school.

Tarikh  Date:3 Ogos 2016 (Rabu)  3rd of August 2016 (Wednesday)
Tempat  Venue:Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan UKM
Masa Time:08.00 pagi a.m– 03.30 tengahari p.m
Aturcara  Events:08.00 – 08.45Pendaftaran Peserta Registration of participants
08.45 – 09.00Membaca Ikrar Pelajar

Reciting of Students Pledge

Dr. Mohd Mahzan Awang,

Timbalan Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar, UKM

Deputy Head of Centre for Learner Diversity, UKM

09.00 – 09.30Ucapan Aluan Welcome Speech

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq  Ahmad,

Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar, UKM

Head of Centre for Learner Diversity, UKM

09.30 – 01.00Aktiviti Kepimpinan 1  Leadership Activity 1
01.00 – 02.00Rehat dan Makan Tengahari  Rest and Lunch
02.00 – 03.00Aktiviti Kepimpinan 2   Leadership Activity 2
03.00 – 03.30Penyampaian Hadiah dan Upacara Penutupan

Prize Giving and Closing Ceremony

Prof. Dr. Norazah Mohd Nordin ,

Dekan  Fakulti Pendidikan, UKM

Dean of Faculty of Education, UKM

    03.30Bersurai   Disperse

2.0 LATAR BELAKANG   BACKGROUND

Program Kem Kepimpinan Pelajar anjuran Pusat Kepelbagaian Pelajar, Fakulti Pendidikan UKM dan Sekolah Menengah Penarek ini mengambil tempat pada hari Rabu,3 Ogos 2016 di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, UKM. Program ini dihadiri oleh 69 orang peserta iaitu pengawas SMK Penarek, Terengganu dan juga Guru-guru SMK Penarek. Pengarah Projek bagi program ini ialah Dr. Mahzan bin Awang, timbalan ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar UKM. Program ini juga dihadiri oleh Dekan Fakulti Pendidikan, UKM, Prof. Dr. Norazah Mohd Nordin. Program ini juga dibantu oleh fasilitator dari UKM. Ketua Pusat Kepelbagaian Pelajar, Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad telah memberikan ucapan aluan.

Student Leadership Camp Program was organized by Center for Student Diversity, Faculty of Education and Penarek Secondary School which took place on Wednesday, 3rd of August, 2016 in Budiman Hall, Faculty of Education, UKM. The program was attended by 69 participants comprises of the prefects from Penarek Secondary School, Terengganu as well as the teachers. The director for this program is Dr. Mahzan bin Awang, deputy head of the Center for Student Diversity, UKM. The program was also attended by the Dean of the Faculty of Education, UKM, Prof. Dr. Norazah Mohd Nordin. This program was also assisted by facilitators from UKM. Prof. Madya. Dato ‘Dr. Abdul Razaq Ahmad as the Head of Centre for Studies on Learner Diversity, gave a welcoming speech.

 

JAWATANKUASA PENGANJUR   ORGANISING COMMITTEES

 

Penaung    Condescendent   -Prof Dr. Norazah Mohd Nordin- Dekan Fakulti Pendidikan UKM

Ketua      Chairman               – Prof Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad

Pengarah Projek                   – Dr. Mahzan bin Awang

Project Director

Pengarah bersama                   – En.Norisham Ismail, SMK Penarek

Co-Director

Fasilitator     Facilitator   

-Iswaran

-Hadi Ibrahim

-Erina

-Izzati

-Azzati Shima

-Hazirah

 AKTIVITI-AKTIVITI YANG DILAKUKAN  

ACTIVITIES CONDUCTED

 

AKTIVITI 1 : PENYELESAIAN MASALAH

Activity 1: PROBLEM SOLVING

Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti untuk memupuk kemahiran Menyelesaikan Masalah. Aktiviti ini dikendalikan oleh fasilitator program ini. 69 peserta SMK Penarek telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada seorang fasilitator untuk membimbing pelajar. Fasilitator menjelaskan dan juga memberi idea tentang aktiviti ini kepada ahli kumpulan. Dalam aktiviti ini setiap kumpulan diberi satu contoh masalah yang berlaku di sekolah. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dengan ahli kumpulan dan memutuskan jalan peneyelesaian yang paling tepat untuk masalah yang diberikan. Setiap kumpulan juga diberikan kertas majung untuk pembentangan aktiviti Kemahiran Menyelesaikan Masalah. Pembentangan aktiviti ini mengambil masa selama 30 minit. Setiap kumpulan diberikan masa 5 sehingga 8 minit untuk membentang. Setiap kumpulan juga perlu mempunyai nama kumpulan, tagline dan juga visi kumpulan mereka. Fasilitator telah menilai persembahan setiap kumpulan.

This activity was one of the activities aimed to cultivate problem solving skill. This activity was conducted by the program facilitators. 69 participants from Penarek Secondary School were divided into 5 groups where each group consisted of a facilitator to guide them. The facilitator explained and gave an idea about this activity to the group members. In this activity, each group was given a problem example that occurred at school. Each group had to discuss with group members and decided the most appropriate way to solve the given problem. Each group was also given a paper for presentation on Problem Solving Skills activity. The presentation for this activity took 30 minutes. Each group was given 5 to 8 minutes to present. Each group should have a group name, tagline as well as the group vision. The facilitator has to assess the performance of each group.

AKTIVITI 2: KEMAHIRAN KEPIMPINAN

ACTIVITY 2: LEADERSHIP SKILLS

Aktiviti kedua merupakan pertandingan kawad berlagak dan juga “Message from the leader”. Dalam aktiviti ini semua ketua dan penolong ketua kumpulan diminta berkumpul di luar dewan gemilang. Pelajar-pelajar lain dalam kumpulan masing-masing melakukan kawad berlagak mengikut arahan fasilitator. Markah juga diberi oleh fasilitator kepada setiap kumpulan dalam pertandingan ini. Ketua dan penolong ketua kumpulan diberi satu tugasan lain iaitu mereka diberi satu gambar yang mereka akan menyuruh ahli kumpulan mereka untuk melukis. Ketua dan penolong ketua setiap kumpulan dikehendaki menjelaskan kandungan gambar itu kepada ahli kumpulan dengan hanya menggunakan isyarat tangan. Ahli kumpulan perlu melukis gambar mengikut isyarat tangan ketua dan penolong ketua kumpulan. Aktiviti ini dilakukan untuk mengenal pasti kemahiran kepimpinan dalam kalangan pemimpin.

The second activity is marching competition and also the “Message from the leader.” In this activity, all leader and assistant leader of the group were requested to gather outside of the hall. The other students in their respective group will march in accordance to facilitators’ instructions. Marks were also given by the facilitator to each group in the competition. The leader and assistant leader of the group were given another assignment which they were given a picture and requested their group members to paint. The leader and assistant leader of each group is required to explain the content of the picture to the group only using hand signals. Group members need to paint the picture according to the hand signal of their leader and assistant leader of the group. These activities were carried out to identify the leadership skills among the leaders.

3.0 HURAIAN PENILAIAN

        DESCRIPTION OF ASSESSMENT

Secara keseluruhan, program ini telah memberikan pengalaman baru kepada peserta iaitu pengawas SMK Penarek, Terengganu. Program ini juga telah meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran kepimpinan melalui ucapan dan juga aktiviti yang telah dilakukan dalam program ini. Program ini juga telah memberi peluang untuk menunjukkan bakat kepimpinan mereka.

Overall, this program has provided a new experience for the participants, which were the school prefects of Penarek Secondary School, Terengganu. The program has also enhanced the leadership skills through speeches and activities that have been conducted in this program. The program also provides opportunities for the students to demonstrate their leadership skills.

4.0 PENCAPAIAN AKTIVITI

        ACHIEVEMENT OF ACTIVITIES

Kem Kepimpinan Pelajar berjaya mencapai matlamat dan objektif program ini iaitu untuk mengenalpasti bakat dan perwatakan kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar sekolah Menengah. Kem Kepimpinan ini juga telah berjaya memupuk kemahiran kepimpinan serta sikap yang positif dalam menangani masalah tingkah laku pelajar di sekolah.

The Student Leadership Camp successfully achieved the goals and objectives of this program which was to identify leadership talent and character among the student leaders in Secondary School. This Leadership Camp has also managed to cultivate leadership skills and promoted positive attitudes in dealing with behavioral problems in school.

5.0 KEMAJUAN/ MASALAH

        PROGRESS / PROBLEM

Masalah:

Problem:

1 Perjalanan program tidak menepati ataurcara program

1 The program did not meet the program events

2 Penglibatan peserta dalam sesi soal jawab adalah sangat lemah

2 Lack of participants involvement in question and answer session

3 Kekurangan aktiviti yang menguji bakat kepimpinan pelajar

3 Lack of activities that able to test students’ leadership skills

 

Kemajuan

Progress

  1. Kerjasama yang diberikan oleh fasilitator
  2. Ketiadaan masalah disiplin pelajar/peserta sepanjang program
  3. Memberi peluang kepada peserta untuk menunjukkan bakat kepimpinan mereka.
  1. The cooperation provided by the facilitators
  2. There is no disciplinary problem among students / participants during the program
  3. Provide an opportunity for participants to demonstrate their leadership skills.

 

6.0 CADANGAN    SUGGESTION

  1. Pihak yang terlibat perlu memastikan program berlangsung mengikut masa dan jadual yang ditetapkan
  2. Pihak yang terlibat sentiasa peka dengan perubahan dalam jadual program dan aktiviti yang dilakukan
  3. Meningkatkan ucapan motivasi daripada pensyarah kepada pelajar
  4. Meningkatkan aktiviti kumpulan yang menguji bakat kepimpinan pelajar.
  5. Melakukan aktiviti yang unik dan berkesan dalam memupuk kemahiran kepimpinan pelajar.
  1. The parties involved should ensure that the program run according to the designated time and schedule
  2. The parties involved should always alert with the changes in the schedule of programs and activities conducted
  3. Increase the motivational speech from lecturer to the students
  4. Increase the number of activities that capable to test the leadership talent of students.
  5. Perform unique and effective activities in fostering students’ leadership skills.

 

 

 

7.0 LAMPIRAN     APPENDIX

 

 

8.0 Penutup

Secara keseluruhan, program ini telah memberikan pengalaman baru kepada peserta iaitu pengawas SMK Penarek, Terengganu. Program ini juga telah meningkatkan pengetahuan dalam kemahiran kepimpinan melalui ucapan dan juga aktiviti yang telah dilakukan dalam program ini. Program ini juga telah memberi peluang untuk menunjukkan bakat kepimpinan mereka.

 

 


 

Categories: 1

0 Replies to “Assignment Kepimpinan Sultan”

Leave a comment

L'indirizzo email non verrà pubblicato. I campi obbligatori sono contrassegnati *